Monday, 24 August 2009

The RIGHTS Bio Keli Menembusi Hipermarket Mydin

The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad telah diterima oleh Hipermarket Mydin untuk membekakan ikan keli bersih kepada 3 Hipermarket Mydin iaitu di Mydin USJ, Mydin Putrajaya dan Mydin Subang.

Bekalan akan mula dihantar pada 28 Jul 2009 dengan kapasiti 6 ton sebulan. The RIGHTS Bio Keli juga akan mengadakan promosi ikan keli di ketiga-tiga Hipermarket ini mulai tarikh tersebut selama dua minggu.

Seterusnya, The RIGHTS Bio Keli juga akan membekal lagi tiga Hipermarket Mydin iaitu dua di Melaka dan sebuah lagi di Kuala Terengganu mulai Ogos 2009.

Ketua Pegawai Eksekutif, En. Amri yang ditemui di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Hipermarket Mydin kerana telah memberi peluang kepada The RIGHTS Bio Keli untuk membekalkan hasil ternakan ikan keli yang diternak secara besih dan suci kerana tidak memberikan makanan dari sumber haram atau haiwan. Sehingga kini The RIGHTS Bio Keli telah mempunyai lebih 84 kolam bagi memenuhi keperluan Hipermarket Mydin.

Ternakan secara Organik ini akan memberikan keyakinan kepada orang ramai, terutama orang Islam untuk menggunakan ikan keli yang diternak oleh The RIGHTS Bio Keli. En. Amri juga menggalakkan kepada orang ramai yang berminat untuk melihat ladang penternakannya dijemput untuk hadir semasa pelancangan yang akan diadakan pada 9 Ogos 2009 ini.

The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad telah diperbadankan di bawah kumpulan syarikat The RIGHTS dan Koperasi The RIGHTS Malaysia Berhad yang memfokuskan kepada industri penternakan Ikan Keli dan produk-produk hiliran seperti Sardin Ikan Keli, Serunding Ikan Keli, Bebola Ikan Keli dan Kek Ikan Keli yang akan dikeluarkan sedikit masa lagi.

The RIGHTS Bio Keli adalah gabungan atau konsortium yang menggabungkan penternak-penternak ikan keli yang telah gagal sebelum ini yang dianjurkan oleh beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta. Ramai daripada mereka yang tidak mampu menyelesaikan pinjaman dan kebanyakkan daripada mereka telah menutup kolam-kolam penternakan ikan keli telah dijemput untuk bersatu di bawah konsortium The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad ini, dan Alhamdulillah sehingga kini, ladang yang dikongsi bersama ini mampu mengeluarkan lebih 12 ton sebulan ikan keli dan sehingga kini permintaan yang diterima melebihi kapasiti yang ada.

Selain itu, Ikan Keli ini juga dijual melalui Hipermarket Maya Malaysia di www.rightshoppe.com.my. Jualan secara runcit dan pukal boleh diperolehi bagi pasaran Lembah Kelang sahaja. Oleh itu, The RIGHTS Bio Keli kini sedang berusaha untuk membuka beberapa ladang ikan keli di negeri-negeri lain seperti Negeri Johor, Melaka, Terengganu dan Kedah.

Kepada usahawan-usahawan penternakan ikan keli yang sedia ada atau yang telah gagal atau usahawan baru yang berminat untuk mengusahakan penternakan ikan keli ini boleh mengikuti program "Roadshow" peluang perniagaan di seluruh negara bermula pada bulan Ogos ini.

xxxThe Rights Privilege Berhad

0 comments:

Post a Comment

 

Blogroll

Site Info

Text

Rights Shoppe Kajang Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template