Wednesday, 19 August 2009

Mencari pengedar baju sekolah

The RIGHTS kini sedang mencari dan mengenalpasti calon-calon sesuai untuk menjadi pengedar pakaian sekolah (rendah dan menengah) bagi edaran di seluruh negara terutama terus ke sekolah-sekolah.

Berikut adalah jenis pakaian yang boleh diedarkan, antaranya seperti Primary Blue Long Pant, Primary White S/S Shirt, Primary School Baju Kurung White Blouse, Primary School Dark Blue Long Skirt, Primary S/S White Shirt (Polyster), Sec Green Long Pant (Cotton), Sec White S/S Shirt, Sec Baju Kurung White Blouse, Sec Turquoise Long Skirt, White Baju Melayu Set (Cekak Musang)

Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar, sila hubungi admin@rights. com.my Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau boleh menghubungi:

Lembah Kelang / Pahang / Negeri Sembilan - En. Haris Fadzlah Mat Ali - 013-2033030

Kedah / Perlis - En. Shuhaimi Mat Isa -

Penang - En. Shamsul Ismail - 013-2833319

Perak - En. Saad Rudin Mokhtar - 019-4608475

Melaka / Johor - Puan Rahidah Ali - 017-7018445

Terengganu - Dr. Rosely Omar - 012-9080727

Kelantan - En. Norhisham - 019-9584749
Continue Reading...

Sub-konsortium The RIGHTS (Kajang) Berhad berjaya diperbadankan

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Sebuah lagi syarikat awam di bawah Projek GENOME X berjaya diperbadankan. The RIGHTS (Kajang) Berhad merupakan sub-konsortium bagi kawasan Hulu Langat di Negeri Selangor dan nombor pendaftarannya 868658 - P.

Syarikat awam ini akan diterajui oleh YBhg En. Mohd Roslan sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya di dibantu dengan 8 orang Ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang perniagaan.

Diharap dengan syarikat yang diperbadankan ini kelak akan dapat membantu usahawan-usahawan Bumiputera di Kawasan Hulu Langat untuk bersama-sama membangunkan ekonomi Bumiputera di kawasan berkenaan.
Continue Reading...

Pengenalan


The RIGHTS Privilege Berhad (The RIGHTS) telah diperbadankan pada 25 Jun 2003 (Nombor Pendaftaran: 619627-V dan dibenarkan untuk memulakan perniagaan pada 30 Mac 2004. Syarikat awam ini adalah milik penuh Bumiputera.

Objektif utama penubuhan syarikat awam untuk mengisi kekosongan dalam aktiviti pembangunan ekonomi orang Islam/Bumiputera di Malaysia. Selain itu adalah untuk menyatukan usahawan Islam/Bumiputera serta memainkan peranan penting dalam mewujudkan jaringan yang lebih besar.

The RIGHTS juga memfokuskan kepada program-program pembangunan usahawan dan mewujudkan rantaian nilai pada skala yang lebih besar.

The RIGHTS telah memperkenalkan projek pembangunan usahawan secara bersepadu di bawah Projek GEGAR EKONOMI MELAYU (GENOME X). Projek ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Musa Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 17 Januari 2008 bertempat di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

Hasil daripada projek tersebut, sehingga kini The RIGHTS telah mewujudkan lebih daripada 500 usahawan dari seluruh Negara dan akan diteruskan sehingga mencapai sasaran 1,500 usahawan bagi tahun ini.

The RIGHTS juga telah berjaya untuk mewujudkan beberapa buah syarikat awam (konsortium) bagi mengurus dan penyertaan dalam projek-projek berskala sedarhana dan besar, antara syarikat-syarikat awam yang telah diperbadankan adalah:

- Negeri Perlis The RIGHTS (Perlis) Berhad
- Negeri Kedah The RIGHTS (Kedah) Berhad
- Negeri Pulau Pinang The RIGHTS (Penang) Berhad
- Negeri Perak The RIGHTS (Perak) Berhad
- Negeri Selangor The RIGHTS (Selangor) Berhad
- The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad
- The RIGHTS Admiral (M) Berhad
- The RIGHTS (Damansara Damai) Berhad
- The RIGHTS (Banting) Berhad
- WP Putrajaya The RIGHTS (Putrajaya) Berhad
- RightShoppe (Putrajaya) Berhad
- The RIGHTS (Bandar Tun Razak) Berhad
- The RIGHTS (Lembah Pantai) Berhad
- Negeri Sembilan The RIGHTS (N.Sembilan) Berhad
- Negeri Melaka The RIGHTS (Melaka) Berhad
- Negeri Johor RightShoppe International Berhad
- Negeri Pahang The RIGHTS (Pahang) Berhad
- Negeri Terengganu The RIGHTS (Terengganu) Berhad
- The RIGHTS (Besut) Berhad
- Negeri Kelantan The RIGHTS (Kelantan) Berhad
- Negeri Sabah The RIGHTS (Sabah) Berhad
- Negeri Sarawak The RIGHTS (Sarawak) Berhad
- Komuniti Wanita WomenShoppe Berhad
- Komuniti Kontraktor The RIGHTS Contract & Consulting Berhad
- Komuniti IT & Multimedia The RIGHTS Multimedia Berhad

Di bawah Projek GENOME X juga, The RIGHTS telah berjaya untuk menubuhkan koperasi khas untuk usahawan-usahawan The RIGHTS yang diberi nama Koperasi The RIGHTS Malaysia Berhad. Koperasi ini telahpun diluluskan penubuhannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 1 April 2008 dan telah didaftarkan pada 30 Mei 2008 dengan nombor pendaftaran W-6-0437.

Tujuan koperasi ini adalah untuk mencari dan mengumpul dana bagi membantu anggota atau usahawan-usahawan The RIGHTS untuk mengembangkan perniagaan mereka pada skala sederhana dan besar. Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada anggota adalah seperti:


- Pinjaman perniagaan secara Islam
- Perkhidmatan Kewangan:
- Pemfaktroran
- Jaminan Bank
- Surat Kredit



Sehingga kini The RIGHTS sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan, kerjasama atau usahasama dengan beberapa Kementerian dan agensi-agensi kerajaan serta swasta seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dan agensi di bawahnya seperti TEKUN, MARA, INSKEN, SKM, MKM, Bank Rakyat, SME Bank, PNS dan SEDC, Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Luar Negara (MITI), Agro Bank, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Sekretariat ECER, Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), KL Malay Chamber of Commerce (KLMCC), Malay-Arab Business Council (My-ABC), Kerajaan-Kerajaan Negeri, I-Cash Global Reward, Duodex Engginering dan banyak lagi.
Continue Reading...
 

Blogroll

Site Info

Text

Rights Shoppe Kajang Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template