Saturday 7 November 2009

Produk Susu Formula Halal bertaraf IMP



Susu Penuh Krim Raudhah diperkaya dengan DHA dan AHA mengandungi Kalsium, Kismis dan Kurma baik untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas.
Susu Penuh Krim Raudhah diproses mengikut Amalan Pengilangan Islam (IMP) dan mendapat persijilan Halal yang dan bangunkan oleh Syarikat Milik Penuh Bumiputera / Muslim di Malaysia.
Susu yang diimport ini diproses semula dan dikilangkan di Malaysia dengan diperkaya dengan DHA dan AHA serta ditambah nilai dengan beberapa bahan campuran lain seperti Susu Penuh Krim, Glukosa, Kalsium, DHA, AHA, L-Lysine.

Kurma dan Kismis.Kismis. Menurut pandangan pakar-pakar pembangunan kanak-kanak, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serta, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrient penting badan. Kismis juga mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kurma. Kurma ialah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifera. Kajian sains membuktikan buah kurma kaya dengan unsure zat besi dan kalsium. Kanak-kanak amat digalakkan memakan buah kurma kerana ia dapat membantu dari segi proses pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.

Seaweed Calsium. Seaweed Calsium diekstrak daripada rumpai laut yang merupakan kalsium organic yang mudah diserap oleh tubuh manusia. Ia merupakan sumber kalsium yang baik dan efektif untuk tubuh berbanding sumber kalsium yang lain.

L-Lysine. L-lysine merupakan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia amat diperlukan oleh tubuh kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.

Harga Pengenalan : RM24.50
Berat: 500 gram
Wakil Pengedar Di Perlukan
Hubungi Rizman Rahman 012-6406212
Continue Reading...

Tuesday 1 September 2009

Keratan Akbar Sinar Harian

Continue Reading...

Monday 24 August 2009

The RIGHTS Bio Keli Menembusi Hipermarket Mydin

The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad telah diterima oleh Hipermarket Mydin untuk membekakan ikan keli bersih kepada 3 Hipermarket Mydin iaitu di Mydin USJ, Mydin Putrajaya dan Mydin Subang.

Bekalan akan mula dihantar pada 28 Jul 2009 dengan kapasiti 6 ton sebulan. The RIGHTS Bio Keli juga akan mengadakan promosi ikan keli di ketiga-tiga Hipermarket ini mulai tarikh tersebut selama dua minggu.

Seterusnya, The RIGHTS Bio Keli juga akan membekal lagi tiga Hipermarket Mydin iaitu dua di Melaka dan sebuah lagi di Kuala Terengganu mulai Ogos 2009.

Ketua Pegawai Eksekutif, En. Amri yang ditemui di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Hipermarket Mydin kerana telah memberi peluang kepada The RIGHTS Bio Keli untuk membekalkan hasil ternakan ikan keli yang diternak secara besih dan suci kerana tidak memberikan makanan dari sumber haram atau haiwan. Sehingga kini The RIGHTS Bio Keli telah mempunyai lebih 84 kolam bagi memenuhi keperluan Hipermarket Mydin.

Ternakan secara Organik ini akan memberikan keyakinan kepada orang ramai, terutama orang Islam untuk menggunakan ikan keli yang diternak oleh The RIGHTS Bio Keli. En. Amri juga menggalakkan kepada orang ramai yang berminat untuk melihat ladang penternakannya dijemput untuk hadir semasa pelancangan yang akan diadakan pada 9 Ogos 2009 ini.

The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad telah diperbadankan di bawah kumpulan syarikat The RIGHTS dan Koperasi The RIGHTS Malaysia Berhad yang memfokuskan kepada industri penternakan Ikan Keli dan produk-produk hiliran seperti Sardin Ikan Keli, Serunding Ikan Keli, Bebola Ikan Keli dan Kek Ikan Keli yang akan dikeluarkan sedikit masa lagi.

The RIGHTS Bio Keli adalah gabungan atau konsortium yang menggabungkan penternak-penternak ikan keli yang telah gagal sebelum ini yang dianjurkan oleh beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta. Ramai daripada mereka yang tidak mampu menyelesaikan pinjaman dan kebanyakkan daripada mereka telah menutup kolam-kolam penternakan ikan keli telah dijemput untuk bersatu di bawah konsortium The RIGHTS Bio Keli Industries Berhad ini, dan Alhamdulillah sehingga kini, ladang yang dikongsi bersama ini mampu mengeluarkan lebih 12 ton sebulan ikan keli dan sehingga kini permintaan yang diterima melebihi kapasiti yang ada.

Selain itu, Ikan Keli ini juga dijual melalui Hipermarket Maya Malaysia di www.rightshoppe.com.my. Jualan secara runcit dan pukal boleh diperolehi bagi pasaran Lembah Kelang sahaja. Oleh itu, The RIGHTS Bio Keli kini sedang berusaha untuk membuka beberapa ladang ikan keli di negeri-negeri lain seperti Negeri Johor, Melaka, Terengganu dan Kedah.

Kepada usahawan-usahawan penternakan ikan keli yang sedia ada atau yang telah gagal atau usahawan baru yang berminat untuk mengusahakan penternakan ikan keli ini boleh mengikuti program "Roadshow" peluang perniagaan di seluruh negara bermula pada bulan Ogos ini.

xxxThe Rights Privilege Berhad
Continue Reading...

Sunday 23 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Continue Reading...

Sumbangan Ikhlas / Derma / Zakat Untuk Pusat Pengajian Darul Huffaz

Pusat Pengajian Darul Huffaz telah berusahasama dengan Persatuan Pesara & Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (PPKJPS) bagi mewujudkan sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardu Ain khusus bagi golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa yang bermasalah dalam pengusaan ilmu Al-Quran dan Fardu Ain.

Memandangkan keperluan mendesak, maka pihak persatuan PPKJPS telah menawarkan satu blok bangunan empat tingkat (16 unit) untuk diusahakan bagi mewujudkan Pusat Pengajian tersebut. Idea ini disambut baik oleh penduduk tempatan dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Pusat Pengajian Darul Huffaz untuk menguruskan pusat pengajian tersebut.

Sehubungan dengan itu, Pusat Pengajian Darul Huffaz amatlah berbesar hati dan mengalu-alukan kepada semua untuk menghulurkan sumbangan ikhlas / derma / zakat bagi menyelesaikan permasalah yang dihadapi.
Perhatian daripada semua amatlah dihargani dan didahului dengan ucapan Jazaakallahu khairan jazaa' demi menjayakan cita-cita Pusat Pengajian ini dalam membentuk generasi rabbani yang celik Al-Quran dan berintergriti tinggi.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala dan murah rezeki di dunia dan akhirat.

Sumbangan boleh dibuat melalui cek ke atas nama : Darul Huffaz Resources atau terus ke akaun CIMB ISLAMIK : 1404 0000 3971 02.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi atau datang terus ke:

Pusat Pengajian Darul Huffaz
No. 1-01-04, Blok 1, Pangsapuri Emas,
Jalan PP40, Taman Pinggiran Putra, Seksyen 2,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

Tel : 013-2600669 atau 013-2600662 (En. Hassanruddin bin Musa, Pengerusi, Darul Huffaz)The Rights Privilege Berhad
Continue Reading...

Wednesday 19 August 2009

Mencari pengedar baju sekolah

The RIGHTS kini sedang mencari dan mengenalpasti calon-calon sesuai untuk menjadi pengedar pakaian sekolah (rendah dan menengah) bagi edaran di seluruh negara terutama terus ke sekolah-sekolah.

Berikut adalah jenis pakaian yang boleh diedarkan, antaranya seperti Primary Blue Long Pant, Primary White S/S Shirt, Primary School Baju Kurung White Blouse, Primary School Dark Blue Long Skirt, Primary S/S White Shirt (Polyster), Sec Green Long Pant (Cotton), Sec White S/S Shirt, Sec Baju Kurung White Blouse, Sec Turquoise Long Skirt, White Baju Melayu Set (Cekak Musang)

Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar, sila hubungi admin@rights. com.my Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau boleh menghubungi:

Lembah Kelang / Pahang / Negeri Sembilan - En. Haris Fadzlah Mat Ali - 013-2033030

Kedah / Perlis - En. Shuhaimi Mat Isa -

Penang - En. Shamsul Ismail - 013-2833319

Perak - En. Saad Rudin Mokhtar - 019-4608475

Melaka / Johor - Puan Rahidah Ali - 017-7018445

Terengganu - Dr. Rosely Omar - 012-9080727

Kelantan - En. Norhisham - 019-9584749
Continue Reading...

Sub-konsortium The RIGHTS (Kajang) Berhad berjaya diperbadankan

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Sebuah lagi syarikat awam di bawah Projek GENOME X berjaya diperbadankan. The RIGHTS (Kajang) Berhad merupakan sub-konsortium bagi kawasan Hulu Langat di Negeri Selangor dan nombor pendaftarannya 868658 - P.

Syarikat awam ini akan diterajui oleh YBhg En. Mohd Roslan sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya di dibantu dengan 8 orang Ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang perniagaan.

Diharap dengan syarikat yang diperbadankan ini kelak akan dapat membantu usahawan-usahawan Bumiputera di Kawasan Hulu Langat untuk bersama-sama membangunkan ekonomi Bumiputera di kawasan berkenaan.
Continue Reading...
 

Blogroll

Site Info

Text

Rights Shoppe Kajang Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template